Countryside Stables Penang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Cuti sekolah kali ini kami sempat mencuri masa berkunjung ke Countryside Stables Penang yang terletak di Pantai Malindo, Sungai Burung, Balik Pulau, Pulau Pinang. Anak-anak saya sememangnya mengikuti kelas sukan berkuda di Kelantan dan seminggu tanpa kuda ibarat mandi tak basah…gelisah sahaja. Mahu dicarinya juga tempat boleh melepas gian. Alhamdulillah, kami bertemu juga dengan tempat yang sangat menarik ini.

 

owner

Countryside Stables Penang milik pasangan yang sangat mesra Encik Wan Aikshah dan Doris Lim terletak di sebuah perkampungan di kelilingi hijauan pokok-pokok berhampiran Pantai Malindo. Sangat nyaman. Ianya ibarat berlatar belakangkan sebuah pemandangan cantik di dalam poskad. Cantik sekali! SubhanAllah.

postcard view

Perjalanan masuk ke kelab ini dari jalan besar adalah lebih kurang 2km menyusuri jalan kampung. Walaubagaimanapun usah risau kerana pihak pengurusan kelab ini ada letakkan papan tanda di sepanjang jalan.

scenery along the road

Harga tiket masuk ialah RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa. Untuk memberi makan kuda dengan makanan khasnya iaitu rumput yang diimpot, harganya ialah RM5. Terdapat berbagai pakej lagi seperti “Joyride”, Experienced Rider dan Trail Ride di kawasan kampung. Anak-anak saya mengambil pakej Experienced Rider iaitu para penunggang kuda berpengalaman dibenarkan menunggang kuda secara sendirian di dalam arena yang disediakan pada harga RM80 seorang untuk satu jam. Puas sekali melihat anak-anak begitu seronok bersama-sama dengan kuda-kuda tersebut tanpa rasa kekok.

entrance fee

Di pintu masuk ada diterangkan tentang harga tiket dan juga “do” dan “donts” sewaktu berada di kandang kuda. Awas! Kuda menggigit!

entrance1

Gambar di atas adalah kenderaan penarik yang digunakan untuk membawa kuda dari suatu tempat ke suatu tempat contohnya medan perlumbaan dan pertandingan. Countryside Stables Penang juga merupakan kelab yang membekal dan menyewakan kuda kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi pertandingan kategori endurance peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Mereka sangat professional.

20140603_151435

Kelihatan Isyraf, Irfan dan Irsyad sedang khusyuk membaca maklumat tentang kuda di galeri informasi Countryside Stables Penang.

20140603_151418

Ruang rehat berkipas juga disediakan untuk pengunjung bersantai sambil menikmati menuman sejuk yang disediakan. Kemudahan tandas yang bersih juga memberi keselesaan. Para staff yang mesra juga membuat pengunjung Countryside Stables Penang ini tidak sedar sekejap sahaja masa berlalu. Oh ya!…lupa pula saya, pusat ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 3pteang hingga 7petang.

stable

Gambar di atas kelihatan kandang kuda yang kemas dan tersusun rapi, berkipas dan punya label nama dan maklumat lain tentang kuda yang menghuni seperti tarikh lahir, baka dan sebagainya.

20140603_151120

Perkhidmatan kereta kuda juga disediakan bagi mereka yang ingin berjalan-jalan di sekitar arena. Servis ini diberikan berdasarkan kepada permintaan.

20140603_150832

Terdapat pelbagai jenis kuda di sini. Jika tidak silap saya lebih kurang 28 ekor kuda dari jenis kacukan Argentina, kacukan Siam, kacukan Arab, Poni, Donkey dan banyak lagi.

pony

Poni ini comel sekali dan menjadi penyambut tetamu di Countryside Stables Penang ini. Berkeliaran dan mesra dengan pengunjung. Memang geram melihatnya.

20140603_163819

Tuan Wan Aikshah pemilik kelab ini yang mesra dan tak lokek memberi tips dan nasihat pada anak-anak saya. Saya dapat rasakan keterujaan Tuan Wan Aikshah melihat Irfan hanya dengan sebelah tangan dapat membawa kuda berlari laju. Irfan dan adik-adik diberi peluang berkali-kali menunggang kuda walaupun kami hanya mengambil pakej 2 jam sahaja. Terima kasih atas kepercayaan Tuan!

irdina

Anak perempuan saya Irdina.

Isyraf

Isyraf yang bongsu menunggang di ruang arena yang lebih kecil. Mudah untuk dikawal jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini.

Irsyad

Ini pula Irsyad. Gembira sekali apabila balik kampong ke Kedah pun masih berpeluang bermain kuda.

simpan kuda

Anak-anak panggil Uncle Wan. Seronok sekali mereka bila Uncle Wan beri kepercayaan untuk mereka membawa kuda ke kandang setelah selesai menunggang kuda.

20140603_164509

Trip ini sangat berbaloi. Anak-anak senyum penuh kepuasan. Oh!ya…saya nak tambah sedikit lagi tentang pemilik kelab ini, bukan sahaja peramah tetapi sangat baik hati dan tidak bermentaliti skeptikal sebagaimana kebanyakan orang yang pertama kali bila kami berjumpa. Irfan anak OKU kami diberi kepercayaan untuk mengendali kuda kategori “experienced rider”. Tuan Wan & Puan Doris benarkan Irfan dan adik-adiknya menunggang kuda sepuas hati di arena mereka. Tahniah!…alhamdulillah Allah swt temukan lagi kami dengan insan hebat seperti Tuan Wan Aikhsan & Puan Doris Lim selain dari Cikgu Faizal, Guru Bertauliah kelas berkuda anak-anak kami di Pengkalan Chepa yang tidak pernah melayan Irfan seperti anak istimewa. Didoakan Allah swt berkati kalian bertiga. Amin.

p/s: video Isyraf bersama Castora klik di sini

PESTA DURIAN BALIK PULAU: MAY – AUGUST 2014

Bagi yang mahu ke sini, saya cadangkan untuk anda singgah makan durian di dusun-dusun di tepi jalan sepanjang Balik Pulau. Memang berbaloi.

20140603_132629

Tengok lah isi durian ini. 3 biji sahaja sudah kenyang kami 6 beranak.

20140603_132802

Masing-masing khusyuk menikmati durian.

 

PANTAI MALINDO, SUNGAI BURUNG, BALIK PULAU

 

20140603_142248

Seterusnya selepas selesai sahaja aktiviti di Countryside Stables Penang, anda boleh terus sahaja ke Pantai Malindo di hujung kelab ini. Hanya 1-2 minit berkereta. Terdapat pengkalan nelayan di sini. Kami sempat membeli udang segar dan besar pada harga RM27 sahaja. Kami juga mengisi perut di sini dengan pelbagai juadah menarik yang disediakan seperti air kelapa laut, Penang Char Kuey Teow, bihun sup dan bermacam-macam lagi.

20140603_142214

Gambar di atas menunjukkan para nelayan sedang mengasingkan udang mengikut size dan jenis.

20140603_142909

Deretan meja makan dan kerusi yang disediakan di tepi pantai.

Sekian dahulu dari saya di Go Cuti!

Moga ada manfaatnya untuk percutian anda nantinya.

 

Kunjungan yang menarik dan berbaloi ke Countryside Stables Penang.

 

Maklumat lanjut, layari Facebook Fanpage: Countryside Stables Penang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *