Pulau Aman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini saya ingin berkongsi pula tentang lokasi menarik di Pulau Pinang yang juga menjadi tempat tumpuan kaki pancing yang gemar bersama keluarga. Pulau Aman namanya. Untuk ke Pulau Aman kita perlu menaiki bot dari Jeti Pulau Aman yang berada di daerah Bukit Tambun, berhampiran Stadium Batu Kawan, Pulau PInang.

Harga tiket bot adalah RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Pulau Aman menyediakan rangkaian homestay yang diusahakan oleh para penduduk dengan kerjasama Persatuan Nelayan Pulau Aman. Di sini terdapat 2 buah kedai runcit, jadinya tak perlulah bersusah payah membawa barang-barang untuk dimasak – boleh beli sahaja. Setiap homestay menyediakan kelengkapan memasak yang lengkap seperti periuk nasi, dapur, pinggan mangkuk, peti ais dan sebagainya.
Cad berada dihadapan papan tanda Pulau Aman. Pulau Aman juga merupakan salah satu destinasi berpotensi tinggi, masih banyak perkara boleh ditambah baik terutama hal-hal kebersihan.

I
Gambar di atas antara contoh chalet yang pernah kami sewa. Selesa. Rumah kampung 2 bilik. Turut disediakan tilam dan bantal tambahan. Pintu dapur terus mengadap laut – boleh baling sahaja batang joran.
Ini gambar Irfan anak istimewa saya sediakan umpan sotong. Irfan masih kecil waktu ini. Risau ibu tengok tetapi seperti biasa…Irfan boleh!

Pesta mengutip remis aka siput macam lala tu….ramai sungguh. Di kala para lelaki memancing ikan, ini lah kerja kami para perempuan. Memang seronok melepak di Pulau Aman. Nanti boleh terus masak – segar, manis. Yummy!
Sebaldi remis, wajib!
Walla!…masak lemak cili api. Manis sungguh. Segar.
Hasil tangkapan kaum lelaki di malam itu – terlupa nak amik gambar masa tak siang lagi.
Irfan yang juara! 9 ekor. Tok Ayah sama Abah sama Ayahsu hati banyak sakit oooo…kalah dengan Irfan. Hehehe…
Siap di masak. Kari ikan sembilang dan ikan duri. Gelama goreng. Air asam dan telur goreng.
Udang segar…baru sampai ni. Kecik lagi adik yang menjual udang-udang ni. Kagum.
Isyraf posing di jeti baru (di sebelah pulau) aka tempat para pemancing tegar melayan pancingan di Pulau Aman. Kalau malam penuh sesak sini.
Irfan…pemancing tegar tu…paling banyak dapat ikan. Ibu memang tabik spring lah kat abang!
Aktiviti anak-anak…kutip siput dan anak-anak ketam.
Gambar di atas adalah restoran terapung yang terkenal dengan makanan lautnya terutama mee udang. Masakannya memang tak dinafikan sangat menyelerakan. Cumanya taukeh restoran ini ada angin pasang surutnya…hehehe. Hanya yang sellau berkunjung ke sini faham maksud saya. Boleh ditambahbaik lagi servis di restoran ini secara kesimpulannya.
 
Ini lah rupa paras mee udang di Restoran Terapung Pulau Aman.
Untuk tempahan chalet dan bot untuk memancing di sangkar ikan, boleh hubungi : 0194090945/0194015570/04-5306501
Semoga informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam merancang percutian, terutamanya bagi kaki pancing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *