Chalet Terapung Persatuan Nelayan, Kuala Segantang Garam, Merbok, Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saya sekeluarga kembali ke Chalet Terapung Persatuan Nelayan di Kuala Segantang Garam, Merbok, Kedah baru-baru ini. Sebelum berpindah menetap ke Kelantan pada awal tahun ini, tempat ini antara lokasi wajib kami untuk memancing setiap kali tibanya musim cuti persekolahan. Hobi memancing sangat menarik kerana kita dapat meluangkan masa bersama-sama. Dari suami hingga ke anak-anak semuanya minat memancing. Hinggakan anak-anak saya ini hadiah harijadi mereka awal-awal lagi minta alatan memancing.
Saya kongsi sedikit informasi di sini ya. Harga sebuah chalet ialah antara RM100 hingga RM300 untuk satu malam. Chalet di sini punya kelengkapan dapur yang lengkap, ala-ala rumah kampung, Bilik ada yang berhawa dingin dan ada yang berkipas. Ruang tamu disertakan TV (tanpa astro). Terdapat juga pelbagai jenis bilik untuk disewa para pemancing yang sekadar pergi dalam kumpulan kecil, bermula dari RM40 hingga RM100. Bagi kumpulan pelajar pula boleh menyewa dorm.
Pandangan jeti dan carpark dari chalet.
Antara chalet yang terdapat di sini.

Aktiviti memancing boleh dilakukan samada di atas chalet ataupun pelantar terbuka. Bagi mereka yang tak bercadang menyewa chalet dan hanya mahu memancing di atas pelantar, bayaran RM15 per joran dikenakan (unlimmited – 24jam). Bagaimanapun pengusaha chalet amat sporting, selalunya diskaun yang menarik diberi kepada pemancing. 

Gambar ini dari koleksi peribadi sewaktu anak saya masih kecil. Sudah lebih dari 10 kali kami ke sini 🙂

Pelantar terbuka juga tak mengecewakan – kemudahan surau, bilik mandi, tandas dan dapur disediakan untuk pemancing. Pemancing juga boleh adakan bbq di sini.

Tapak sulaiman pancingan kami…haisshh…d kids seronok la…pakat jemur bagi 
kering nak balik spray cat nak buat deko gitu.

Makan – makanan rasmi pemancing tegar standard lah kan : ikan sardin cap ayam, ikan gelama masam goreng dan sayur. Itu pun punya lah berselera kan bila makan ramai-ramaini ;). Di sini tidak ada kemudahan kedai runcit, jadi keperluan memasak perlu dibawa sendiri. Kalau rajin, kena keluar ke pekan tetapi agak jauh. Kami selalunya akan bawa dari rumah sahaja.

Juadah standard para pemancing…sardin cap ayam 😉

Lepas check out dari chalet persatuan nelayan ni, telahan saya ialah balik rumah terus lah kan. Nampaknya….para lelaki ini tak puas hati lagi. Dalam perjalanan balik singgah memancing lagi di Kompleks Jeti Sg.Merbok.

Oh! secara kasarnya pada pandangan saya chalet ini sangat berpotensi tinggi untuk pergi jauh. Malangnya aspek “preventive maintenance” (maaf lah…saya bekas jurutera ini sahaja term yang saya pandai guna :)) diabaikan. Contohnya baru-baru ini saya menyewa 1 chalet dan 2 bilik di pelantar tetapi kelengkapan memasak mengecewakan di chalet – periuk & cerek bocor, cawan hanya ada 2 biji, pinggan pun hanya ada 2 biji…daif pula kondisinya, dapur hanya menyala sebelah. Mujur kami sekeluarga memang sentiasa bersedia dengan “portable stove” di bonet kereta. Saya terpaksa keluar ke pekan membeli pinggan pakai buang. Staf di kaunter pendaftaran pula…alahai…mahal sangatkah nak tawarkan senyuman? Bersembang riuh rendah dengan staf lain seolah-olah pelanggan tak wujud di depan mata. Moga ada pihak pengurusan chalet ini membaca coretan ikhlas saya ini kerana sayang, percaturan begini merugikan. Kaki pancing akan datang berulang kali. Kami sekeluarga sendiri sudah lebih 10 kali berkunjung ke sini, kami telan sahaja servis yang mengecewakan kerana minat dan tiada pilihan lain.

Untuk ke sini bolehlah membuat tempahan ke: 0124633526.

Kompleks Jeti Sg.Merbok

Kompleks Jeti Sg,Merbok baru sahaja dibuka kepada umum pertengahan 2010. Apa yang menarik disini? Pertama sekali tahniah kepada Jabatan Perlancungan Negeri Kedah dan juga Majlis Perbandaran Sg.Petani. Idea untuk mengadakan kompleks sebegini sangat kreatif dan inovatif. Di sini para pelawat boleh melawat muzium paya laut. Ada banyak maklumat di “information center” yang disediakan termasuk sejarah negeri Kedah dan juga Sg.Merbok sendiri. Pelawat juga berpeluang melihat secara dekat pokok-pokok bakau yang berpuluh tahun umurnya dan juga yang baru di tanam. Terdapat jugak Gok Arang (tempat membakar arang) untuk tatapan para pelawat.Buat masa sekarang kedai cenderamata belum lagi beroperasi. Begitu juga kedai makan. 

Tetamu kehormat, MekDina dok daftar…chewah! (Gambar koleksi peribadi ketika Irdina masih kecil)
Laluan pejalan kaki di celah-celah paya bakau. Menarik.

anak bakau

Di bahagian luar kompleks terdapat anjung untuk kaki pancing. Di sini lah sekali lagi kami sekeluarga melayan pancingan ikan Sg.Merbok. Cantik sekali!.

Cad dengan khusyuknya memancing di jeti merbok.
Perahu nelayan di persisiran jeti merbok.

Tanjung Dawai


Kami sekeluarga ada juga singgah di Tanjung Dawai. Rasanya kebanyakan dari kita pernah dengar tentang tempat ini kan. Terkenal dengan belacan, laksa dan segala hasil laut. Kami sekeluarga selalunya akan borong budu cap ketereh, keropok ikan, ikan gelama masam, ikan pekasam, kuah rojak mak bee, satay kering sotong dan belacans. ;). Sempat juga menjamu mata kaftan dan beg kat gerai di situ. Iman kuat lagi…tak beli pon.

Tanjung Dawai
Tergugat iman jugoks nih…heheh…tu makcik dok buat math nok beli ko dok.
Jeti Tanjung Dawai…dari sini boleh naik bot ke Pantai Merdeka.
Gedocok…betui ka? .. ingatkan otak2. Isi ikan campur kelapa…manis gitu.
Mai beli lekaih…macam2 ado.
Cad dok tenung ikan bilis wat gapo tu cad?

So sekian lah sahaja perkongsian kali ini dari Negeri Jelapang Padi.

Jemput mai!